Wednesday, June 04, 2008

PETROL DAN DIESEL NAIK MULAI TENGAH MALAM INI, UMUM PM


PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa tengah malam ini harga petroldan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiapliter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.


Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipamadalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.


Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullahberkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepadagolongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberibayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendiriantermasuk pemilik motosikal .


"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc(kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc,bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan. "


Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc,bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,"katanya.


Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilikkenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotoriaitu cukai jalan. Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasamulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.


Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008. Kenaikan terakhir kerajaan ialah pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter.


(Bernama)

No comments: